October 30, 2012

roti palembang

Salam semua...arini fasya nak buat roti..teringin punya pasal nk rasa roti buatan sendiri fasya pn google la cr resipi..lgpn smalam baru je beli tepung roti..ap tunggu lg..hehe..tp disebabkan bru nk blaja fasya pn buat la roti kosong tanpa inti..dh siap baru la fasya sapu dgn kaya..kata mak roti ni dulu moyang slalu buat..tp diorg panggil 'roti palembang'..xtawu la npe nama cmtue..hehehe..jom kita tgk cmne nk buat..jgn tak cuba taw



Bahan - bahan:(12 biji)
2    cwn tepung roti (boleh guna tpg gandum)
1    bj telur
3/4 cwn susu segar
1/4 cwn gula
2    sdb mentega/marjerin
1/3 paket(11g) yis

Cara - cara:
1. Satukan susu,gula dan yis dan kacau hingga berbuih.
2. Uli tepung dengan bread machine(fasya guna mixer jew) bersama mentega.Selepas itu, masukkan telur dan masukkan bahan-bahan yg dikacau td.Uli hingga lembut dan sebati.
3. Perap doh sehingga naik 2 kali ganda dalam 30 minit.
4. Tumbuk doh dan uli sekali lagi. Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil dan perap hingga naik 2 kali ganda.(Pastikan doh disusun berjauhan kerana doh yg diperap akan naik sekali ganda dan apabila dibakar doh akan mengembang lagi)
5.Selepas 20 minit letakkan sedikit mentega di atas setiap doh dan sedia dibakar.Bakar pada suhu 160-170'C selama 20 minit.(Selepas roti siap sapukan selapis mentega di atas permukaan roti untuk menjadikannya berkilat)

No comments:

Post a Comment